AMPANG: Seramai 36 saksi telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, di sini 29 Disember lalu.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya yakin siasatan berhubung kes berkenaan hampir selesai dan akan dilengkapkan dalam masa terdekat.
"Bertindak atas maklumat risikan pada 3 Januari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membuat tangkapan atas sepasang suami isteri warga tempatan di Taman Serdang, Kedah.
"Polis percaya tangkapan ini boleh bantu selesaikan kes ini. Susulan tangkapan itu, sepasukan polis dari JSJ Selangor membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Serdang, Kedah dan menemui barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang turut dihadiri Ketua JSJ IPK Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Sasikala berkata, pasukan serbuan menemui pelbagai peralatan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesahkan motif sebenar kejadian berkenaan namun siasatan awal mendapati ianya bersifat peribadi.
Tambahnya, setakat ini, tiada suspek baharu yang dikaitkan dengan kejadian letupan berkenaan selain pasangan suami isteri berkenaan.
Pada 4 Januari Sinar Harian melaporkan, polis menemui beberapa bahan dipercayai digunakan untuk membuat bom menerusi serbuan di sebuah rumah di Serdang, Kedah yang membawa kepada tangkapan melibatkan pasangan suami isteri dipercayai terlibat dalam kejadian letupan di Pandan Indah.
Sumber berkata, pemeriksaan dijalankan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di rumah terbabit menemukan beberapa kandungan bahan sama yang dipercayai untuk menghasilkan bahan letupan itu.
Sebelum itu, sepasang suami isteri dilaporkan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 07 2023
Antara bahan yang dirampas dipercayai digunakan untuk membuat bom (gambar kiri). Sasikala menunjukkan antara barang yang dirampas (gambar kanan). - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Letupan bungkusan Pandan Indah: 36 saksi dipanggil
Seramai 36 saksi telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah.